Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

21-10-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

LAWATAN INSPEKTORAT ICU JPM 2018 - SETIU WETLAND  DAN JABATAN KIMIA CAWANGAN TERENGGANU

01 Oktober 2018, (Isnin) - Bahagian Pemantauan Pembangunan, ICU JPM telah mengadakan Lawatan Inspektorat ke dua (2) buah projek di Negeri terengganu iaitu Projek Peningkatan Kemudahan Pelancongan di Setiu Wetland dan Projek pembinaan Bangunan Baru Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Terengganu. Lawatan tersebut diketuai oleh Encik Muhammad Hidayatullah bin Nasrul, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pemantauan III dan turut diringi oleh pegawai-pegawai pemantau daripada ICU Negeri Terengganu.

Lawatan tersebut bermula pada jam 9.30 pagi di Majlis Daerah Setiu yang merangkumi sesi pembentangan, semakan dokumen dan disusuli dengan lawatan ke tapak projek. Projek ini masih di peringkat 'Dalam Pelaksanaan' dan dijadualkan siap apda bulan Disember tahun 2018. Pihak MOTAC (wakil Kementerian dan Negeri) turut hadir.

Sesi penilaian berikutnya ialah di Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Terengganu yang ebrmula pada jam 2.00 petang. Bagi sesi ini, hanya lawatan di makmal-makmal dan fasiliti berkaitan sahaja diadakan. Semakan dokumen akan dibuat secara berasingan dengan kerjasama pihak JKR.

Secara umumnya, kesemua agensi dan semakan dokumen menepati kriteria-kriteria penilaian yang dijalankan beserta kerjasama yang amat baik. Sesi penilaian berakhir pada jam 4.30 petang.


Sumber: Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini : 07 Oktober 2018