Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

24-09-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

PROGRAM LAWATAN MOBILE TEAM DAERAH MARANG


Marang, Khamis, 8 Mac 2018 ‘Terharu’, itulah antara ungkapan yang dapat diucapkan oleh peserta Program Mobile Team di Daerah Marang ketika dilawati menerusi Program Lawatan Mobile Team. Setelah mereka berhempas pulas, membanting tulang mengerah keringat mencari sesuap nasi untuk meneruskan hidup, kehidupan mereka masih dalam keadaan daif dan hidup ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Kriteria sebegini menjadikan mereka tercalon sebagai peserta program pada kali ini.

            Salah seorang peserta yang terpilih ialah Encik Ahmad Saufi bin Idris yang menetap di Kampung Tebakang, Marang di mana beliau menanggung perbelanjaan isi rumah seramai 10 orang. Beliau yang hanya bekerja sebagai buruh binaan di sekitar kampung turut memaklumkan bebanan kewangan yang semakin tidak tertanggung apabila terpaksa mengeluarkan belanja bagi anak yang masih bersekolah seramai 5 orang. Isteri beliau seorang suri rumah sepenuh masa kini menjaga 3 orang anak yang masih kecil. Rumah yang diduduki beliau sekeluarga merupakan rumah yang dibina sendiri hasil penat lelah bekerja selama ini. Justeru itu pihak MAIDAM dan JKM Daerah Marang akan mempertimbangkan bantuan yang sewajarnya untuk meringankan beban beliau sekeluarga. Selain itu, barang keperluan asas turut disumbangkan oleh PPPNT selaku urusetia program.

            Secara keseluruhannya, program ini telah memberi impak yang besar kepada peserta yang terlibat bagi meningkatkan pendapatan golongan yang memerlukan.


Sumber: Seksyen Pengurusan Sosial

Tarikh Kemaskini: 11 Mac 2018