Kuala Terengganu, Khamis, 28 Disember 2017 – Perbincangan Gerak Kerja Seksyen Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sub Seksyen Pembasmian Kemiskinan, Kuala Terengganu. Perbincangan ini diadakan bagi merumuskan hasil gerak kerja yang telah dilaksanakan bagi aktiviti-aktiviti Seksyen Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan sepanjang tahun 2017.
Di samping itu, penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Pekerja Sambilan Harian (PSH) tahun 2017 juga telah diadakan bagi menghargai kerja keras kakitangan sepanjang tahun 2017 melalui penyerahan sijil dan sedikit cenderahati bagi merangsang kakitangan lain untuk berusaha lebih gigih pada tahun 2018 dan seterusnya. |